CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, March 25, 2008

Lepak Wayang


Pada ketika ini, satu filem terbaru telah ditayangkan disemua panggung wayang di Malaysia. Filem ini masih lagi baru ditayangankan, malah filem ini juga mendapat sambutan orang ramai. Plot cerita yang menarik yang mengisahkan satu masyarakat yang dikenali sebagai Yaghil merupakan kaum yang paling handal dalam berburu. Dalam kedamaian masyarakat tersebut, masyarakat ini telah diserang oleh satu kaum yang dikenali "Raksasa berkaki empat" telah menyerang masyarakat Yaghil ini......dan pada masa yang sama telah menculik seorang gadis yang dianggap Dewa dalam masyarakat ini. Justeru itu bermula perjalanan seorang pemuda untuk menyelamatkan gadis tersebut......Untuk kisah yang selanjut tontonilah filem ini yang bertajuk "10,ooo BC".......

Lepak teater lagi


Teater Mandarin terbitan Musical On Stage Production itu mengutarakan sepenuhnya alunan muzik dan gaya suara soprano bagi meniupkan segala titik mula kisah suka duka Puteri Wen Cheng hingga ke akhir pementasan tersebut.


Tidak keterlaluan jika dikatakan teater arahan Ho Lin Huay itu menampilkan lebih 90 peratus perjalanan pementasan itu dalam keadaan berlagu.
Selain berbentuk lagu-lagu tradisional, Imee Ooi selaku komposer, penyusun muzik dan pengarah muzik teater ini turut menyelitkan elemen muzik pop dan klasikal.


Gaya konsep yang diketengahkan itu seolah-olah menjadikan Jewel of Tibet sebuah album baru yang menampilkan pelbagai nada dan irama dalam tempoh keseluruhannya hampir 150 minit.
Tidak banyak yang cuba diketengahkan melalui dialog biasa, sebaliknya ia disinambungkan menerusi gaya dialog yang dilagukan.


Pendekatan konsep itu yang banyak dipengaruhi oleh pementasan opera Cina begitu menusuk telinga. Apatah lagi, alunan suara Paulway Chew yang membawakan watak Puteri Wen Cheng begitu membuai perasaan.


Teater yang menyediakan sari kata dalam bahasa Inggeris itu menyerlahkan bukan sahaja dialog yang puitis tetapi gaya nada tinggi vokal Chew juga berjaya memikat para penonton.
Dengan kos pementasan berjumlah RM1.5 juta, teater ini menceritakan tentang Puteri Wen Cheng yang sanggup mengembara dari China ke Tibet semata-mata untuk mengahwini Raja Songsten Gampo.


Dalam misi penggembaraannya itu, dia melalui pelbagai rintangan antaranya terpaksa meredah hutan belantara, gunung-ganang serta ribut salji yang tidak mengenal erti kasihan.
Segala gambaran itu begitu menyerlah apabila sebanyak 200 set pentas digunakan bagi menggambarkan setiap adegan dalam teater ini.


Suasana pementasan Jewel of Tibet tambah menyerlah dengan adanya lagu-lagu selingan yang diserikan dengan tarian bagi mengiringi sesuatu adegan yang dipaparkan.
Bukan setakat pendokong watak utamanya sahaja, tetapi boleh dikatakan setiap watak yang ditampilkan turut menyerlahkan gaya dialog mereka dalam bentuk alunan lagu-lagu yang mendayu-dayu.


Sesungguhnya Jewel of Tibet yang mengutarakan kisah cinta klasik bangsa Cina ketika era Dinasti Tang itu berjaya menyerlahkan seni dan budaya masyarakat tersebut.
Malah, latar masa lebih 1,000 tahun lampau yang melatari jalan cerita teater ini merupakan suatu tarikan penting buat para penonton.


Sebanyak 16 adegan yang dipaparkan menerusi Jewel of Tibet berjaya mencetuskan mood yang berbeza. Adakalanya ia bernada sentimental, serius malah menjadi tegang dengan konflik yang tercetus.


Teater yang mengenakan harga tiket dari RM53 hingga RM253 itu yang dibahagikan kepada dua set persembahan ternyata tidak mencetuskan rasa gelisah para penonton.
Ini kerana, setiap adegan bukan sahaja memaparkan plot cerita, lagu-lagu dan probs pentas yang berbeza-beza.


Tetapi pementasan teater itu juga seakan-akan cuba menggali ‘zaman kehidupan’ kisah cinta uda dan dara yang berlaku lebih 1,000 tahun lampau dengan dimensi yang lebih imaginatif.
Sebab itu tidak hairanlah Panggung Sari seakan-akan membawa zaman silam negara China ke abad ini menerusi gaya persembahan berunsurkan seni yang lebih abstrak.


Mana mungkin penggambaran suasana zaman lampau seperti itu mampu diterjemahkan di atas satu pentas menerusi konsep lakonan ‘sebabak’ dan hanya mengambil durasi masa hampir dua jam.


Apapun langkah Istana Budaya memberi laluan pementasan Jewel of Tibet bukan sahaja membanggakan para penonton menerusi gaya persembahan itu yang bertaraf dunia.
Malah, pementasan teater seperti itu mampu membuka ruang lingkup serta kepelbagaian seni dan budaya di panggung tersebut.

Jom lepak Karnival RTM

SEBAGAI stesen penyiaran yang mempunyai 32 stesen radio dan dua saluran TV, RTM sentiasa berusaha pelbagai cara untuk mempromosikan program-program terbitan mereka.
Terbaru, sebuah karnival yang diberi nama Karnival Gegar akan dianjurkan bagi memperkenalkan lagi program-program terbitan stesen radio dan televisyen itu.


Selain karnival memancing acara lain pada fiesta itu ialah Pertandingan Karaoke Kenangan Lalu Kuala Lumpur (KLKL), Pertandingan Melukis dan Mewarna, Pertandingan Memakan Tembikai serta Pertandingan Anggun dan Langsing yang menawarkan pelbagai hadiah lumayan termasuk wang tunai dan hamper.

Jangan lepaskan peluang............

Lepak Bola EPL

Tempat lepak yang paling terbaru sekarang adalah bagi peminat bola sepak Liga juara-juara EPL..... Nak tau mana tempat yang selalu kaki bola ini lepak.....Mana lagi kalau bukan kat kedai mamak.... Mengikut pemerhatian saya lah, kebanyakkannya memang lokasi kedai mamak yang menjadi pilihan....Jarang sekali kalau diperhatikan tengok seorang diri di rumah.....

Kelebihan lepak ramai-ramai, impak yang sangat bagus dari segi psikologi. Ini kerana kita tahu bahawa manusia ini setiap hari mengalami masalah.....Jadi apa kata kita cuba lepak ditempat begini bersama-sama kawan-kawan.......kena cuba tau........

Thursday, March 6, 2008

Lepak Teater

Teater Kami Main Season Programme 2008

Teater Kami Limited
mempersembahkan

1. MAYAT
APAKAH YANG AKAN TERJADI, JIKA TIADA LAGI TANAH PERKUBURAN

SINOPSIS
MAYAT mengisahkan empat orang sahabat yang dalam kesedihan tatkala kematian seorang dari sahabat mereka. Dengan keadaan kehidupan yang serba kekurangan dan ketiadaan tanah perkuburan untuk pengkebumian disebabkan pesatnya pembangunan, empat sahabat itu menghadapi masalah untuk menguruskan mayat teman mereka. Maka terjadilah konflik dan pertentangan pendapat diantara mereka berempat. Ketika konflik itu bertambah tegang, tiba-tiba datang seorang peniaga yang berurusan dalam perniagaan jual beli mayat. Dalam keadaan yang tertekan salah seorang dari mereka itu bersetuju untuk menjual mayat teman mereka. Tetapi ia dibantah keras oleh teman-teman yang lain dan terjadilah pertelagahan antara mereka dalam usaha menguruskan mayat tersebut. Apakah yang akan terjadi kepada mayat tersebut dan berjayakah peniaga jual beli mayat itu membeli mayat tersebut?
KENAPA TEATER MAYAT DIPENTASKAN?
Memperkenalkan naskah-naskah teater terbaik masa lalu untuk penonton hari ini yang tidak berkesempatan menontonnya pada masa lalu, mentelah lagi isu yang dikemukakan masih lagi bersesuaian untuk diperkatakan buat masa kini. MAYAT salah satu dari naskah & teater terbaik yang telah dihasilkan oleh Hatta Azad Khan pada lewat tahun 1970'an dan amat popular bila dipentaskan pada awal tahun 80'an.


Tajuk: MAYATPengarah: ATIN AMAT Skrip: HATTA AZAD KHAN Genre: DRAMA Durasi: 1 ½ JAM Sasaran: PERINGKAT MENENGAH & DEWASA Bila: 24HB–29HB MARCH 2008, 3PTG * 28HB–29HB MARCH 2008, 3PTG & 8MLMTempat: TEATER KAMI BLACK BOX STUDIO*ONE-TWO-SIX CAIRNHILL ARTS CENTRE*126 CAIRNHILL ROAD S229707 Tiket: $15/-

Lepak Makanan





Posting kali ni aku nak tulis pasal dinner semalam. Boring tak tau nak makan mana. Bosan lak lepak kat umah je. Ajak Emie kuar carik tempat makan. Nak pi jejauh skit ari ni. Pi umah Taufik ajak dia sekali. Pastuh dalam keta baru discuss nak makan kat mana. Merayau2 sampai Autocity, Juru. Takda gak tempat menarik nak lepak dan makan. Pastuh cadang pi McD jek. Masa parking sebelah McD ternampak lak Secret Recipe. Terus jek kaki tu cepat menuju ke situ. Tengok2 menu kat luar then terus masuk ke dalam. Kira2 cash dalam beg duit. Hehhh.. cukup kot. Malas lak nak pi ATM nak withdraw cash.


Lepak Setempat

Gothic Party di Claremont Bungalow, Bukit Bendera
aku malas nak tulis cite pasal party gothic yg ada kat bukit bendera tu sbb dah tulis mail pepanjang kat kekawan di mailing list.. so aku pasti kat sini jer mail2 tentang tu.. dan kat bawah sekali aku link kan laporan blog dari kekawan yang join this party gak....

===========================

Hi korang.. ermm best nye event kat bukit bendera tu.. sonok sangat.. alhamdulillah, takde ape2 yang tak elok terjadi kat atas tu sbb hantu2 pun takut ngan hantu2 palsu nih.. tetap la mlm tu lepas show segala dah abih, diorang reramai gie berendam dalam swimming pool dari kol 1 pagi sampai kol 3 pagi lebih… main2 bola tampar sambil jerit2 dan memekik itu ini, nasib baik penghuni asal tidak mengganggu gugat kesejahteraan gathering tu.. ada yang bawak ouija board, tapi tak main, takut lak terjadi apa2 kan.. so diorang main tarot card jek..

Show2 pulak, lagu-lagu yang dibawakan dari geng penang macam lagu "Cinta – Amy Mastura", "One in A Million" dan satu lagu lagi yang tak dapat dipersembahkan "Hurt – Christina Aguilera" disebabkan cd rosak plak, takda backup, kesian kat member sorang ni yg dah ready ngan costume, wig segala..

Bebudak KL plak bawak lagu, "Dihari Persandingan Mu – Azharina" dan lagu "Caramu – Zahid & Niki"….. selebihnya pula ada games dan jugak show selingan "Tiada Logika" oleh Ben.

Hari ahad lak ada treasure hunt ngan games dalam pool.. lepas tu memasing balik keletihan.. seb baik aku amik cuti ari nih.. dan baru jek nih lepas lunch umah eisz… eisz masak banyak lauk pauk.. daging masak cili api nya sodapp sekali.. eisz jemput aku, lego & jan makan sekali since jan pun masih ada kat sini dan akan balik bercuti kat kampung di Alor Setar petang nih...

Sekian saja laporan aktiviti di bukit bendera.. hiks….

Lepak Laman Maya

Berita baik!! ada satu laman web dengan pelbagai barang-barang yang di jual. Bukan itu sahaja, pengguna yang melayari ini hanya dengan satu klick sahaja untuk mengetahui lokasi baragan tersebut. Keistimewaan lagi ialah, barangan yang dijual dengan harga berpatutan. Apa lagi....cuba la......www.Mudah.com.my

Thursday, February 28, 2008

Lepak Setempat


Suka membaca? Di tengah-tengah bandar ibu kota Kuala Lumpur ini terdapat satu tempat di sebuah kompleks membeli-belah (Times Squre). Di sana pelbagai, jenis,rupa dan saiz buku-buku yang ada. Bagi peminat yang suka bersantai dalam suasana yang tenang, (The Borders) memberikan pilihan tepat bagi anda yang sukakan suasana sebegini rupa. Untuk itu, datanglah mengunjungi.........pilihan tepat, jiwa tenang!

Lepak Makanan


Kopitiam merupakan salah satu tempat yang paling sesuai untuk bersantai tidak kira umur. Pelbagai makanan ala-ala kampung yang semestinya dapat memikat sesiapa sahaja yang mengunjung.... Disamping itu juga, harga setiap makanan yang terdapat di situ memang berpatutan.....Tunggu apa lagi..selamat mengunjung......